About Me

- noratiqah bt mohd salleh - - 14 october 1990 - - kuala selangor, selangor - - sekolah kebangsaan tanjung keramat (1997-2001) - - sekolah kebangsaan seksyen 6, shah alam (2002) - - sekolah menengah kebangsaan agama kuala selangor (2003-2007) - - kolej universiti islam antarabangsa selangor -

Sahabat Blogger

http://sahabatblogger.net/ - official website- https://www.facebook.com/groups/wanammal/ - group-

Laws

Ini adalah blog peribadi, segala maklumat adalah dari diri penulis sendiri, dan jika diambil dari tempat lain, ia akan dinyatakan. Jika ingin "copy" apa-apa yang terdapat di blog ini, mestilah dicreditkan kepada http://atiqsalleh.com

assalamualaikum wahai reader sekalian..

al-fatihah

petang isnin tue.. atq nak update buku program yang bakal diadakan tak lama lagi.. then atq cari la berkaitan solat jenazah. sebabnya kebanyakkan orang muda sekarang tak tahu bagaimana nak solat jenazah.. dan atq update blog juga berkaitan Pesanan Roh Kepada Manusia.

jam 10.35 malam.. atq dapat panggilan dari seorang sahabat SMKA.. bertanya kan tentang berita seorang lagi sahabat atq di sekolah yang sama.. dan masa itu atq dapat berita yang seorang sahabat atq telah kembali ke rahmatullah.. sahabat yang sangat rapat dengan atq..

pada mulanya, sebab kematian arwah adalah kerana pitam semasa naik moto dengan ayahnya.. sebab sebelum tahu keputusan post mortem.. post mortem telah dijalankan agak lewat kerana polis datang lambat untuk memberi kebenaran post mortem.. dah jadi kes polis sebab jatuh moto..

mula dari atq tahu berita tue..sehingga atq nak tidur.. air mata tak berhenti mengalir.. tidur bersama airmata.. paksa juga tidur sebab atq nak pergi rumah dia awal.. atq nak tgk arwah untuk kali terakhir.. kul 5 pagi atq dah terjaga.. kul 630 pagi atq dah bergerak ke meru dari putrajaya. dalam jam 730 pagi atq sampai di rumah arwah..

masa baca yasin untuk arwah dirumahnya.. sebak sangat.. tapi atq tahan airmata.. dalam jam 930 pagi.. kawan-kawan dari smka juga sampai.. hilang kesedihan masa tue..

tiba sahaja jenazah di rumah dalam jam 1130 pagi.. air mata nie tak dapat di tahan lagi.. atq hanya tengok dari jauh.. takde kekuatan nak tatap wajahnya untuk kali terakhir.. walaupun atq taw.. hanya waktu tue je atq ada untuk tengok arwah kali terakhir..

atq follow arwah sampai ke tanah perkuburan.. semasa talkin dibacakan.. sebak sangat hati nie.. atq tahan airmata supaya tak jatuh semasa talkin dibacakan.. tapi lepas je famili arwah tabur bunga pandan dan siram kubur arwah.. atq tenung kubur arwah.. sekali  lagi airmata nie mengalir.. samapi situ je atq boleh teman arwah… dan lepas-lepas nie atq teman arwah dari jauh je..

hari nie.. masih lagi terasa kehilangan arwah.. ramai yang beri kata semangat kat atq.. atq terima kata-kata semangat korang semua.. cuma atq kene amik masa nak kuat balik..

last atq mesej dengan arwah 3 minggu lepas.. sebab masa 19 may.. atq ajak arwah pergi mandi kat wetworld shah alam.. tapi disebabkan arwah ada hal.. atq tak jumpa arwah.. dan lepas dari 19 may tue arwah mesej atq tanya best ke tak mandi kat wetworld..

arwah dah banyak kali ajak atq pergi pantai remis kat jeram.. die kata dah lama tak pergi sana.. tapi disebabkan atq kene ambil arwah kat rumahnya bila nak bawak die pergi pantai remis. atq tak jadi nak bawak.. sebab jauh nak ambik arwah kat rumah..

lepas nie takde lagi dengar suara arwah bila kumpul ramai-ramai dengan kawan-kawan yang lain.. takde lagi gurau senda dari arwah… takde lagi ayat “tahun depan aku kawen.. korang kene konvoi ramai-ramai macam masa aten kahwin.. kalau tak. aku remove korang dari friend FB aku”.. takde lagi ayat yang atq akan dengar “aku tunggu bila silibus ambik lesen kereta tukar.. aku takut nak bawak kereta manual.. so aku nak ambik lesen yang just belajar gear auto je”.. takde lagi kata-kata arwah “amik aku kat rumah ye”.. semua tue takde da..

hilang seorang kawan peneman bila atq nak jalan-jalan.. hilang kawan bergurau bila atq kebosanan.. hilang semua… yang tinggal hanya kenangan je..

“asilah.. aku minta maaf.. sebab aku asyik nangis je bila teringat kat ko.. aku tak kuat terima kenyataan nie.. walaupun aku taw aku kene juga terima kenyataan nie.. aku taw ko ada dekat dengan aku.. walaupun aku tak nampak ko.. patutla hari isnin tue aku asyik baca dan cari pasal jenazah, roh.. rupanya ada tanda disebalik tue.. lepas aku tak tahu aku kuat tak nak lalu kat depan lorong rumah ko.. sebabnya sebelum nie.. kalau nak pergi rumah bella.. aku mesti singgah rumah ko amik ko.. aku ingt lagi ko pujuk aku dengan gambar yang ko edit tue.. sebab aku belakon merajuk dengan ko.. takpelah.. aku doakan ko aman kat sana.. ko tenang kat sana.. “

“Ya Allah ampunilah dosanya, sayangilah dia, maafkanlah dia, sihatkanlah dia, muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah dia dengan air es dan air embun, bersihkanlah dari segala kesalahan sebagaimana kain putih bersih dari kotoran, gantikanlah untuknya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya dan peliharalah dia dari siksa kubur dan siksa neraka.” (HR Muslim).

Nurul Asilah bt Said, Dalam Kenangan (11 November 1990 - 11 Jun 2012)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: sedih

Leave a Reply


CommentLuv badge
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Popular Posts

sahabat blogger gathering

salam wahai readers sekaliangroup sahabat blogger di ...

Segmen : Logo...

assalamualikum wahai reader sekalian... task pertama ...

[Segmen]: Puitiskan Diri...

assalamualaikum wahai readers sekaliantadi atq ada kerajianan nak ...

Tweet Tweet

No public Twitter messages.